Baiki Altenator Kereta di Kuala Terengganu, Marang & Kuala Berang

kedai baiki alternator kereta kuala terengganu

Anda mempunyai masalah alternator kereta atau starter kereta ‘kong’ ?

Jangan risau, kami di RBG sediakan servis baik pulih alternator kereta anda dengan harga yang sangat berpatutan

Apa-apa jua kereta anda, InsyaAllah kami boleh bantu baiki alternator..

Kami sudah membantu ramai pelanggan menyelesaikan masalah alternator kereta rosak sejak tahun 2014. Sama ada kereta tempatan seperti

  • Myvi,
  • Alza,
  • Wira,
  • Inspira

Atau pun kereta import seperti

  • Hyundai,
  • Mitsubishi,
  • Honda atau
  • Toyota,

InsyaAllah, dengan pengalaman bertahun membaiki alternator kereta, kami boleh selesaikan..

Prose Membaiki Alternator Kereta

baiki alternator kereta murah terengganu

Sebelum meneruskan proses membaiki alternator kereta yang rosak, kami akan bertanya kepada pelanggan sama ada ingin tukar baru atau pun baiki terlebih dahulu..

Kebiasaannya, alternator seperti kereta Perodua yang baru rosak sekitar selepas 2-4 tahun beli kereta, boleh dibaiki & kos pembaikian juga lebih murah berbanding beli baru…

Jadi, terpulang kepada, jika anda ingin tukar baru, kami boleh beli alternator yang berkualiti & mempunyai warranti / jaminan pengeluar…

Jika anda ingin kami cek alternator yang rosak terlebih dahulu, pun tiada masalah. Kami mempunyai mesin untuk memeriksa tahap ‘kesihatan’ alternator kereta anda di kedai kami…

Jika alternator tersebut hanya rosak seperti karbon yang habis/haus, kami akan beritahu anda….

Pilihan Alternator Kereta Baru / Recond

alternator kereta recond murah terengganu

Sekiranya alternator kereta anda yang rosak sudah terlalu lama & tidak boleh dibaiki pulih lagi, mahu tidak mahu terpaksa beli alternator kereta yang baru…

Pilihan alternator kereta yang anda inginkan juga bergantung kepada bajet masing-masing, jika mahu yang baru & ada jaminan warranty, kami boleh cari…

Jika mahu alternator kereta yang recond & masih baik keadaannya, kami juga boleh cari…

Di kalangan pelanggan kami, ramai juga yang ingin gunakan alternator recond kerana harganya lebih murah berbanding baru…

Bagaimanapun, kondisi & kualiti alternator recond ini sudah tentu anda tahu, lebih kurang tahan lama berbanding alternator kereta yang baru…

Tidak Tahu Alternator Kereta Anda Rosak atau Tidak

repair alternator starter kereta marang
jemput datang kedai bateri kami untuk pemeriksaan alternator & bateri kereta anda

Alternator kereta merupakan komponen dalam enjin kereta yang penting. Jadi, jika ianya rosak, anda akan mengalami simptom utamanya iaitu, kereta tidak hidup…

Ini kerana, tujuan alternator dalam enjin kereta adalah untuk mengecas bateri kereta anda ketika enjin sedang berjalan….

Walaupun anda tukar bateri kereta yang baru, selepas sehari atau maksimum 2 hari, kereta anda pasti akan tidak akan hidup jika alternator rosak…

Jika lambang bateri kereta menyala di panel meter kereta anda selepas kereta dihidupkan dalam tempoh beberapa minit atau ketika berjalan…itu tandanya alternator anda tidak berfungsi kerana tiada cas elektrik masuk….

anda puas hati…kami senang hati 🙂

Jika anda buntu & tidak tahu apa masalahnya….

Hanya call/WhatsApp kami di Runner Bateri Ganu untuk khidmat nasihat tentang bateri kereta atau alternator kereta anda secara PERCUMA sahaja….

Anda juga boleh datang ke workshop kami di Bukit Payung, Marang, Terengganu … Sila semak di sini lokasi kedai bateri & workshop baik pulih alternator kereta.