Cara Jumper Kereta Dengan Betul & Selamat – [VIDEO]

Bagaimana cara jumper kereta jika bateri kereta tiba² kong ? Kabel negatif jumper ni nak sambung pada body ke atau terminal negatif ? Tak terbakar ke ECU kalau jumper sambung kat skrew ni atau skrew itu ?

Itu antara persoalan yang sering ditanyakan kepada saya oleh customer apabila bercakap berkenaan cara nak jumper kereta dengan selamat & betul.

Boleh Ke Jumper Kereta Sambung Pada Negatif Bateri ?

Kereta model lama yang tidak mempunyai teknologi baru seperti kebanyakan kereta² moden sekarang yang ada ECU TCU dll, anda boleh jumper macam biasa.

Samaada nak sambungkan ke terminal negatif atau titik pada body kenderaan tiada masalah.

Jika kereta model baru hari ini terutamanya selepas tahun 2015, kena guna cara sambungan BUKAN pada terminal negatif.

Tengok Video di bawah untuk penerangannya untuk mudahkan anda faham cara nak jumper bateri kereta dengan betul & selamat InsyaAllah…

Selamat menonton… 🙂


Video Cara Jumper Kereta

Dalam video selama 5 minit ini, saya tunjukkan cara jumper kereta Perodua Viva


Persedian Sebelum Buat Kerja² Jumper Bateri Kereta

Pengalaman telah mendewasakan kita.

Ini antara pengalaman saya dahulu yang akan saya ingat sampai bila² sebelum buat kerja jumper kereta.

Waktu itu, saya memang sudah bergelumang dalam bidang jual bateri kereta & dah banyak kali buat kerja jumper kereta , lori dll.

Ada satu ketika saya nak jumper kereta Viva ni. Kereta ni tersadai tepi jalan tak boleh nak start sebab bateri kong.

Saya guna Myvi saya untuk bantu jumper bateri Viva ni…

Tapi bila dah sambung wayar jumper & cek sambungan betul² sudah kemas, kereta Viva ni tetap tak hidup…

“Cara saya jumper kereta tak betul ke ? Bateri kereta Myvi saya yang membantu untuk jumper Viva ni weak ke…?”

Atas hal yang kecil sahaja, saya habiskan masa yang agak lama merenung & berfikir cari sebab…

Rupa-rupanya…kabel jumper sudah banyak putus dekat bahagian sambungan klip buaya tu…

Mungkin sebab banyak kali sudah guna kabel jumper ni, ianya putus…

Jadi….lesson learn dia…cek sambungan kabel pada klip buaya tu kemas, tidak hangus, tiada tanda² nak putus & kondisi masih bagus.

video cara jumper kereta diy

cek sambungan wayar cable , cable lug & klip buaya kemas…


Wayar / Kabel Jumper Bateri Kereta Yang Terbaik

Jika nak cari kabel jumper bateri, carilah yang mempunyai kabel dengan materialnya pure copper / tembaga asli.

Bukannya material alloy atau pun alloy celup tembaga…

Material sebegini mempunyai rintangan elektrik / resistance yang tinggi. Apabila resistance tinggi, arus elektrik nak lalu susah, kereta susah hidup.

Kena molek / Silap haribulan, kabel jumper tersebut boleh hangus….


Buat Sendiri Kabel Jumper Kereta DIY jer…

Dalam market, ada yang jual murah² RM 10 / RM30 sepasang wayar cable jumper…

Kalau boleh elakkan sebab material wayar tak bagus & klip buaya yang digunakan itu sendiri adalah besi celup copper..Tak caya cuba guna magnet & lekatkan pada klip buaya tu..

Guna cable welding yang ada jenama untuk buat kabel jumper sendiri…

Jika anda nak buat kabel jumper kereta DIY & kereta anda spec petrol bawah 2000 cc…kabel welding 150-200A pun dah cukup…

Tak perlu nak pakai kabel tebal2 sampai 300A hanya sekadar nak buat kabel jumper kereta backup dalam bonet, melainkan anda macam saya, jual bateri kereta

Ada masa saya nak jumper kereta besar & ada masa nak jumper van diesel dll…macam kegunaan saya, saya DIY guna 300A welding cable…


Patikan Kereta Yang Membantu Untuk Jumper Kereta Anda, Sama Kapasiti/ Lebih besar kapasiti baterinya

Jika kereta anda Perodua Viva, dan bateri kong, sebaiknya cari kereta yang lebih besar untuk bantu anda jumper kereta…

Macam dalam video di atas, saya gunakan Myvi saya untuk bantu Viva jump start


Kerja Jumper Start Kereta Siap ! Apa Seterusnya ?

Sebaik kereta sudah berjaya dihidupkan, biarkan enjin berjalan untuk alternator menjalan kerja² pengecasan bateri…

Bawa kereta round² dulu & sebaiknya lepas tu pergi kedai bateri kereta yang DIPERCAYAI  untuk cek kondisi bateri…

Pomen boleh cek bateri menggunakan multimeter khas untuk tahu bateri masih ok atau tak…


Datang Kedai Bateri Saya Cek Bateri Anda PERCUMA

Jika anda berada berdekatan kedai bateri kereta saya, boleh datang untuk saya cek keadaan bateri kereta adan samaada dalam keadaan baik atau tak

Boleh ke kedai bateri RBG di Kuala Nerus atau di Bukit Payung Terengganu. Cek lokasi Waze / Google Maps kedai kami di sini.


Penutup

Semoga bermanfaat sedikit sebanyak. Salah silap 10 jari disusun mohon ampun 🙂