Cara nak pasang bateri kereta dengan betul sebenarnya sangat mudah. Jika anda memiliki kereta, sekurang-kurangnya anda kena tahu beberapa perkara penting tentang bateri kereta anda seperti saiz bateri kereta, lokasi bateri kereta anda & juga cara nak tukar bateri kereta sendiri.
Kandungan
Manalah tahu, di waktu emegency ketika bateri kereta ‘kong’ & tiada orang lain nak tolong, anda terpaksa pasang bateri kereta sendiri.
Untuk kereta² model yang lama sedikit seperti Perodua Myvi Lagi Best, Perodua Alza, Proton Gen 2, Proton Persona dll, cara nak tukar bateri kereta sangat mudah & straight forward.
Untuk kereta jenis ini, tiada back-up power supply yang perlu ada ketika tukar bateri kereta. Untuk kereta yang mempunyai sistem elektronik yang terkini, sebaiknya ada back-up power supply seperti power bank 12V supaya anda tak perlu reset sistem kereta selepas tukar bateri.
VIDEO – Cara Pasang Bateri Kereta Myvi Lagi Best
Dalam video di atas, kami kongsikan cara pasang bateri kereta Perodua Myvi Lagi Best. Caranya mudah & sama sahaja seperti kebanyakan kereta lain.
Asasnya, apa yang perlu anda buat ketika nak pasang bateri kereta adalah;
- Buang bracket bateri kereta
- Alih keluar bateri lama daripada tray bateri
- Pasang bateri baru
- Pasang bracket bateri kereta.
- ON kereta 10 saat sebelum start enjin. SIAP
Persedian Sebelum Tukar Bateri Kereta Sendiri;
- Peralatan untuk tukar bateri;
- Spanar saiz 10
- Spanar T saiz 10( saiz & keperluan spanar jenis T bergantung kepada model kereta)
- Screwdriver kepala leper / flat head screwdriver ( untuk cungkil kepala/terminal bateri kereta)
- 4DWD/ Carb Cleaner ( Jika ada lebih bagus bertujuan untuk cuci kepala / terminal bateri kereta). Anda juga boleh guna berus besi halus / kertas pasir halus untuk cuci kepala/terminal bateri supaya connectivity antara bateri & terminal lebih bagus.
- Tahu saiz bateri kereta anda
- Setiap model kenderaan ada saiz baterinya yang tersendiri. Dalam video tutorial tukar bateri Perodua Myvi (Lagi Best) yang dikongsikan, kami menggunakan saiz bateri NS40 / NS40ZL jenis Maintenance Free (MF) jenama Bosch Mega Power. Anda boleh semak saiz bateri kereta anda di sini.
- Tahu saiz kepala bateri
- Jika kenderaan anda menggunakan saiz bateri NS60, pastikan anda tahu samada kepala bateri anda adalah jenis besar atau kecil. Jika kepala bateri kereta anda kecil & cincin terminal kereta pula adalah besar, anda boleh guna car battery head adapter untuk selesaikan masalah ini.
Tanda-Tanda Bateri Kereta Nak Kong
Kebiasaanya bateri kereta bertahan sekitar 1-2 tahun & ada juga sesetengahnya yang bertahan sampai 3 tahun. Ini banyak bergantung kepada jenama bateri kereta & juga cara penggunaan kereta anda.
Jika kereta tak boleh start & bunyi ‘tik-tik’, bermakna bateri anda lemah. Jika bateri anda masih baru & kurang 1 tahun, berkemungkinan bateri anda sudah rosak atau alternator tidak berfungsi dengan baik.
Sebaiknya, anda boleh cabut bateri kereta & pergi ke kedai bateri kereta untuk cas terlebih dahulu. Jika selepas cas bacaan Voltage bateri kereta masih lemah, bermakna bateri anda bermasalah & bolehlah anda claim warranty.
Jika anda syak alternator rosak seperti simbol bateri menyala di panel meter atau bunyi bising pada ruangan enjin, cepat² lah ke bengkel berdekatan untuk cek bacaan Voltage untuk alternator & bateri kereta anda.
Ini tanda-tanda biasa yang kebiasaanya terjadi jika bateri kereta nak kong
- Isi minyak penuh tetapi meter minyak tak full bar
- Kereta susah nak hidup & lampu malap
- Meter rpm menggila.
Jadi, jika tanda² ini berlaku selepas usia bateri kereta 1-2 tahun, cepat² ke bengkel untuk cek Voltage bateri & alternator kereta anda.
Selamat mencuba !!