Kereta Tak Boleh Start Tiba² – Ini 5 Sebab Utama Yang Perlu Anda Tahu [VIDEO]

Ada banyak punca kereta tak boleh start. Boleh jadi sebab yang hanya biasa² & anda boleh DIY untuk baiki sendiri. Boleh jadi juga sebab yang ‘complicated’ yang memerlukan anda hantar kereta ke bengkel.

Di sini, kami nak kongsikan 5 sebab utama kereta tak boleh start & bagaimana bunyi enjin apabila anda cuba hidupkan kereta. Ada kes apabila start enjin tak bunyi langsung, ada kes tidak ada bunyi crank langsung, ada kes bunyi ‘tik tik’ & sebagainya.

VIDEO – 5 Bunyi Kereta Tak Boleh Nak Start & Sebab Dia

1. Gear Tak Berada Pada Tempat Yang Sepatutnya

Kes ini kelakar. Dah banyak kali, apabila kami ke lokasi pelanggan kereta di Kuala Terengganu, punca kereta tak boleh start bukannya disebabkan bateri ‘kong’, tetapi kerana gear kereta berada pada kedudukan D.

Kes ini kebanyakannya berlaku mungkin kerana pemandu selalunya nak cepat sehinggakan apabila parkir kereta, terus matikan kereta & lupa letakkan gear pada kedudukan P.

Jika anda ada kereta automatik, dan tiba² kereta tak boleh nak start, cuba lihat kat mana gear kereta anda berada.

2. Bateri Remote / Alarm Kunci Kereta Habis

Jika anda menggunakan kereta yang ada alarm & kunci kereta, ada masanya bateri remote/alarm tersebut akan habis. Jadi, nak tak nak, perlu buka kereta secara manual dengan menggunakan kunci.

Sebaik anda buka secara manual, kebiasaannya kereta akan berbunyi bising disebabkan alarm & double signal akan menyala. Jika anda terus masukkan kunci kereta untuk start, kebanyakan kereta tidak akan boleh start kerana ianya sebagai salah satu fungsi keselamatan.

Jadi, bergantung kepada model kereta, anda perlu tekan tombol reset sebelum menghidupkan kereta. Ada kereta yang boleh anda reset dengan hanya matikan double signal & ada juga kereta yang ada reset button khas yang perlu anda tekan sebelum hidupkan kereta.

Untuk kereta push start button yang tidak menggunakan kunci, jika bateri remote / alarm kong, ada hanya perlu tekan push start button dengan menggunakan alarm tersebut. Tonton video untuk ketahui cara start kereta jika anda berada dalam situasi sebegini.

3. Starter ‘Kong’ Stau Kepala Bateri Kotor – SIMPTOM Tidak Ada Bunyi Crank

Bila pulas jer kunci, kereta tak boleh start & tidak ada bunyi atau crank daripada ruangan enjin. Kebiasaannya masalah ini disebabkan starter kereta yang sudah rosak.

Jika anda berada dalam situasi sebegini, cuba ambil tukul & ketuk-ketuk starter kereta tersebut. Kadang² selepas ketuk kereta akan boleh start balik. Namun ini bukanlah jalan penyelesaian jangka masa panjang. Jika kereta boleh dihidupkan selepas anda ketuk, bawalah ke bengkel untuk repair cepat².

Selain starter, punca lain juga berkemungkinan kepala bateri atau terminal bateri kereta anda longgar atau bergaram. Jika di kepala bateri & terminal bateri kereta anda terdapat banyak garam hijau, itu tanda-tanda kepala bateri kotor.

Punca garam hijau ini terhasil disebabkan kepala bateri dipasang tidak kemas. Cuba ambil kertas pasir, gosok² terminal bateri & kepala bateri untuk buang kesan² degil. Anda boleh juga menggunakan carburator cleaner & sental-sental menggunakan kertas pasir atau berus besi.

4. Masalah Dari Enjin Seperti Spark Plug, Fuel Pump Atau Crank Sensor – SIMPTOM Ada Bunyi Crank Tapi Kereta Tak Boleh Start Juga

Bila pulas kunci kereta, crank starter berbunyi tetapi tak start² juga. Untuk simptom sebegini kebiasaannya masalah kereta tak boleh start boleh jadi berpunca daripada enjin seperti fuel pump rosak, fuel filter tersumbat, spark plug dah rosak atau crank sensor yang jem.

Masalah ini kenalah anda rujuk kepada pomen berdekatan untuk kenal pasti punca sebenar. Jadi untuk elakkan masalah sebegini terjadi, sentiasalah ikut jadual penyelengaraan kereta yang telah ditetapkan oleh kilang pengeluar.

5. Bateri Kereta ‘Kong’ – SIMPTOM Kereta Tak Boleh Start Bunyi ‘Tik Tik’ Seperti Machine Gun

masalah kereta tak boleh start

Cek kesihatan bateri & alternator kereta di bengkel berdekatan menggunakan multimeter khas

Ini masalah yang pasti semua pengguna kereta akan hadapi. Jika kereta tak boleh start, bunyi ‘tik tik’ atau macam machine gun, ini disebabkan bateri kereta sudah lemah.

Jika kereta anda sudah lama tak start mungkin lebih 2 minggu, cubalah cabut bateri & cas bateri tersebut di bengkel berdekatan. Selepas cas bateri, kebiasaannya pomen boleh tahu samaada bateri tersebut masih ok atau tidak dengan menggunakan multimeter khas.

Jika bateri anda masih baru & masih dalam warranty, boleh jadi bateri tersebut sudah kong & anda boleh tuntut ganti rugi.

Ada juga yang salah pilih saiz bateri kereta & menyebabkan kereta susah untuk dihidupkan. Jadi sebelum beli bateri baru, anda wajib tahu saiz bateri kereta anda.

Jika kereta anda memang setiap hari bergerak tetapi tiba² bateri kong walaupun bateri masih baru, berkemungkinan alternator kereta anda sudah kong.

Alternator yang rosak membuatkan bateri tidak dicas dengan sempurna apabila enjin bergerak. Anda boleh ke bengkel atau kedai bateri berdekatan untuk melihat bacaan Voltage & Ampere untuk mengesahkan alternator ok atau tidak. Jika bacaan undervoltage atau overvoltage, bermakna alternator anda ada masalah.

alternator kereta masalah

Alternator undervoltage & overvoltage akan menyebabkan masalah kepada sistem pengecasan kereta

Semoga 5 punca kereta tak boleh start seperti di atas akan memberi anda sedikit sebanyak ilmu untuk rujukan masa datang. Selamat mencuba !