7 Tips Penjagaan Bateri Kereta Yang Mudah & Boleh DIY Je

Bateri kereta merupakan komponen yang sangat penting untuk kenderaan & merupakan sumber utama tenaga elektrik untuk menghidupkan enjin kereta. Ketika pulas kunci kereta atau tekan tombol Start Button, tenaga elektrik daripada bateri kereta akan dialirkan kepada starter kereta untuk menghidupkan enjin.

Selepas enjin dihidupkan, alternator akan mengambil alih tugas untuk menjana tenaga elektrik kepada kesemua sistem eletronik & juga pada yang sama alternator ini berfungsi untuk cas bateri kereta anda. 

Jika bateri lemah, enjin kereta susah untuk dihidupkan & berkemungkinan selepas itu, kereta terus tidak dapat dihidupkan.

Jadi, sangat penting untuk anda tahu cara jaga bateri kereta supaya jangka hayat bateri lebih lama. Sebelum itu, sangat penting anda tahu serba sedikit tentang bateri kereta anda kerana setiao model kenderaan ada spesifikasi bateri yang sudah di tetapkan.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Bateri Kereta

Jika anda baru sahaja membeli kereta pertama anda, sangat disyorkan untuk anda ingat perkara-perkara asas tentang sistem kereta anda. 

Sistem pengecasan kereta & bateri kereta merupakan perkara asas yang wajib setiap owner kereta ambil tahu. 

1. Jenis Bateri 

jenis bateri kereta air kering-min

Umumnya, terdapat 2 jenis bateri kereta iaitu

  1. Bateri Air atau juga dikenali sebagai Bateri Basah / Wet Battery / Conventional Battery
  2. Maintenance Free (MF) – Kebiasaannya lebih dikenali sebagai bateri kering atau bateri MF.

Anda boleh menggunakan apa jua jenis bateri kereta samaada yang bateri MF atau bateri air.

Umumnya, bateri air lebih murah daripada bateri MF.

2. Saiz Bateri Kereta

saiz bateri kereta perodua proton-min

Setiap model kereta, van, lori atau apa jua kenderaan mempunyai saiz bateri yang telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Setiap saiz bateri kereta mempunyai ciri fizikal seperti Lebar, Ketinggian & Panjang yang berbeza. Selain itu, Cold Crank Amp (CCA) untuk setiap bateri juga adalah berbeza.

CCA bateri kereta anda perlu mencukupi seperti yang telah ditetapkan oleh kilang. Jika CCA kurang daripada nilai yang ditetapkan, kereta akan susah untuk dihidupkan atau berkemungkinan langsung tidak boleh hidup.

Sebagai contoh, saiz bateri kereta yang paling popular di Malaysia adalah NS40ZL atau juga dipanggil NS40. Saiz bateri ini umumnya digunapakai untuk kereta model Perodua seperti Myvi, Axia, Kancil, Kembara & sebagainya.

Jika kereta Perodua model baharu yang menggunakan start-stop sytsem seperti model Perodua Myvi terkini, menggunakan saiz bateri M42.

3. Lokasi Bateri Kereta 

cara check bateri kereta-min

Kebanyakan bateri kereta berada pada bahagian bonet depan. Jadi anda perlu tahu dimana tombol untuk buka bonet & juga lokasi bateri kereta anda dalam ruangan enjin kereta. 

Bagi kereta-kereta mewah seperti Porche atau Audi, ada sesetengahnya, model bateri kereta berada pada bahagian belakang kenderaan atau bawah seat kenderaan.

tanda bateri kereta kong

7 Tip Penjagaan Bateri Kereta Yang Wajib Owner Kereta Tahu

Seperti juga komponen kenderaan yang lain, bateri kereta juga perlu anda lakukan pemantauan atau pemeriksaan berkala untuk memastikan prestasi voltan & arus berada pada tahap yang optimum.

Jika anda melakukan 7 tips ini secara berkala, InsyaAllah, jangka hayat bateri kereta anda boleh dipanjangkan & dapatlah berjimat cermat secara bijak. Tips ini boleh dikatakan sangat mudah untuk sesiapa sahaja mencuba walaupun anda bukanlah seorang yang tahu menahu tentang bateri kereta.

1. Periksa Aras Air Bateri Kereta

cara check air bateri myvi-min

Jika anda menggunakan bateri basah atau bateri air, sangat penting untuk sentiasa memastikan air bateri sentiasa pada tahap yang optimum.

Tahap yang optimum paras air beteri adalah berada di antara pada sukatan High & Low. Jangan sesekali menambah air bateri kereta sehingga melebihi paras high & lebih parah, jika air bateri melimpah keluar. Ini akan menyebabkan air ini menutup rongga udara yang ada pada penutup kepala bateri. 

Skala tempoh pemeriksaan kebiasaannya setiap 3 bulan sekali atau 5000km. Jika anda kerap memandu jauh, selalulah jenguk² bonet kereta untuk memeriksa paras air bateri anda. 

Jangan sesekali menggunakan air paip atau air masak untuk menambah air bateri. Anda boleh beli air bateri yang berkualiti di petrol pam atau di kedai bateri.

2. Bersihkan Terminal Bateri Kereta

cara check bateri kereta

Terminal bateri merupakan punca pertama yang menghubungkan sistem elektronik kereta anda dan juga bateri kereta. Jika terminal bateri anda longgar & mudah untuk digoyangkan, anda perlu ketatkan segera.

Terminal kepala bateri sering mudah menjadi longgar kerana beberapa sebab. Pertama jika waktu mula² pasang bateri kereta, anda tidak rapatkan terminal sehingga ke pangkal kepala bateri. 

Kedua kerana keadaan fizikal skrew atau terminal itu sendiri yang sudah rosak. 

Jika kepala bateri longgar, ini akan menyebabkan garam-garam hijau akan terbentuk di sekeliling permukaan logam terminal. Secara tidak langsung, menyebabkan kerak-kerak & membuatkan connectivity tidak sempurna.

Jika aliran arus dari bateri ke sistem kereta anda tidak sempurna, maka kereta anda akan berpotensi untuk mengalami masalah seperti kereta susah untuk dihidupkan, lampu kereta malap & sebagainya.

Tanda-tanda ini sebenarnya sama sahaja seperti tanda-tanda bateri kereta nak kong.

Jadi, jika usia bateri kereta anda bawah setahun & anda mengalami situasi sebegini, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah melihat kepala / terminal bateri. Adakah longgar & adakah bergaram ?

Jika bergaram, cubalah ambil kertas pasir atau berus besi halus untuk cuci kepala bateri anda. Dan pastikan pasang ketat² terminal bateri kereta anda.

3. Periksa Penebat Bateri Kereta

Contoh sarung bateri kereta untuk bateri NS40ZL Perodua Myvi

Sesetengah model kenderaan mempunyai sarung penebat / battery protection cover yang berfungsi sebagai perisai daripada haba panas enjin. Bateri yang terdedah kepada suhu yang panas, akan menyebabkan jangka hayat bateri lebih pendek.

Buat pemeriksaan fizikal. Jika koyak & rapuh, disyorkan untuk tukar baru.

4. Guna Bateri Kereta Yang Berkualiti

Gunakan bateri yang berkualiti & mempunyai warranti. Kebiasaannya 12 bulan atau 25,000 km. Jika sistem elektrik kereta dijaga & guna bateri berkualiti, jangka hayat boleh menjangkau 2 tahun atau lebih.

5. Elak Guna Sembarangan Gris Pada Terminal Bateri

Jangan guna minyak gris yang tidak khusus untuk elakkan kepala bateri tidak berkarat / tahan panas. Jika guna gris yang salah & kuantiti yang terlalu banyak, boleh membuatkan connection terminal bateri & kepala bateri tidak efisien.

6. Jangan ON Semua Sistem Elektronik Kereta Jika Enjin Tak Dihidupkan

Jika singgah di R&R & enjin kereta tidak dihidupkan, janganlah hidupkan semua sistem elektrik seperti aircond, lampu atau radio dalam masa yang lama. Ini boleh membuatkan kuasa bateri lemah & enjin kereta akan susah untuk dihidupkan nanti.

7. Check Voltage Bateri Kereta Setiap 5000km 

Guna multimeter untuk periksa voltage bateri. Bacaan normal untuk bateri kereta yang sihat adalah 12-13 Volt ketika enjin kereta tidak hidup. Ketika enjin hidup, bacaan voltage mestilah antara 13.5 Volt-14.5 Volt. Jika bawah 13.5 Volt atau lebih 14.5 Volt, kemungkinan besar alternator ada masalah. Sebaiknya buat pemeriksaan di bengkel bateri berdekatan menggunakan alat khas untuk pemeriksaan yg lebih tepat.

Jika anda tinggal di Kuala Terengganu, Marang & Kuala Berang, anda boleh singgah di bengkel kami untuk pemeriksaan bateri kereta & alternator secara #PERCUMA !!!

Kami juga membuat servis hantar bateri kereta ke rumah di Kuala Terengganu, Marang & Kuala Berang setiap hari termasuk hari Jumaat & Sabtu. Pelbagai jenis bateri jenama terkenal yang kami jual seperti Amaron, BOSCH, Yokohama, OSIMA & sebagainya. Semoga 7 tips & cara jaga bateri kereta di atas akan membuka mata anda untuk lebih cakna dengan sistem elektrik kenderaan anda.

Selamat mencuba