Soalan Lazim Berkenaan Servis Delivery Bateri Kereta


Ada Buat Pemasangan Bateri Kereta di Lokasi?

Ya ADA ! Kami boleh bawa bateri baru & pasang di lokasi kereta anda sekitar dalam kawasan di;

Kuala Terengganu
– Bandar KT
– Wakaf Mempelam
– Ladang
– Batu Buruk

Kuala Nerus
– Tepuh
– Teluk Pasu
– Seberang Takir
– Bukit Tunggal

Marang
– Alor Limbat
– Bukit Payung
– Ru Rendang
– Pengkalan Berangan

Hulu Terengganu
– Telemong
– Manir
– Kuala Berang
– Ajil


Ada Cas Tambahan Untuk Delivery?

FREE sahaja dalam kawasan operasi delivery seperti ;

Kawasan Delivery PERCUMA

Kuala Terengganu
– Bandar KT
– Wakaf Mempelam
– Ladang
– Batu Buruk

Kuala Nerus
– Tepuh
– Teluk Pasu
– Seberang Takir
– Bukit Tunggal

Marang
– Alor Limbat
– Bukit Payung
– Ru Rendang
– Pengkalan Berangan

Hulu Terengganu
– Telemong
– Manir
– Kuala Berang
– Ajil


Berapa Lama Boleh Sampai Ke Lokasi ?

Kami akan cuba untuk BANTU ANDA SEPANTAS MUNGKIN.

Kebiasaannya 1 –  2  jam pada hari yang sama.

BAGAIMANAPUN, ianya bergantung kepada beberapa faktor lain seperti :

1) Lokasi anda dengan lokasi semasa pekerja bertugas

2) Jadual pekerja bertugas. Jika pekerja tiada tugasan tukar bateri di tempat lain, mereka akan terus ke lokasi anda. Jika tidak, perlu tunggu giliran.

3) Keadaan semasa trafik menuju ke lokasi kereta anda.

Sila hubungi kami untuk temujanji atau pertanyaan untuk sebarang soalan.


Waktu Servis Delivery Bila ?

7 hari Seminggu, Siang & Malam

HARIMASA
AHAD8.30 AM – 11.00 PM
ISNIN8.30 AM – 11.00 PM
SELASA8.30 AM – 11.00 PM
RABU8.30 AM – 11.00 PM
KHAMIS8.30 AM – 11.00 PM
JUMAAT8.30 AM – 11.00 PM
SABTU8.30 AM – 11.00 PM

** Cuti pada Hari Raya Aidilfitri / Aidiladh


Tak pasti bateri saya rosak ke tak. Macamana?

Jangan risau. Kami akan PERIKSA TERLEBIH DAHULU samaada bateri kereta anda perlu ditukar atau tidak.

Sifir kami, “Bateri Konfem ‘KONG’, Baru Kita Tukar”


Tak tahu apa masalah kereta saya tak nak hidup. Macamana?

Sila hubungi kami untuk pertanyaan & khidmat nasihat PERCUMA di 011-3553 7877.

Sifir kami, “Bateri Konfem ‘KONG’, Baru Kita Tukar”. 


Saya tak tahu saiz bateri kereta saya. Macamana?

Hanya beritahu kami model kereta anda.

Kami akan syorkan pilihan bateri kereta yang sesuai & ada dalam stok kami.

ATAU.. anda boleh semak sendiri di halaman ini


Cara Bayar?

Pembayaran secara TUNAI boleh dibuat selepas kami siap pasang bateri kereta anda di lokasi.

Tiada deposit atau bayaran pendahuluan.


Jenama Bateri Kereta yang akan dipasang ?

Kami mempunyai pelbagai jenama popular bateri kereta seperti Amaron, BOSCH, Century, OSIMA, Yuasa, PowerZone & lain-lain.

Anda hanya perlu pilih bergantung kepada bajet anda.

Bagaimanapun, bergantung kepada stok semasa.


Soalan² Lazim Umum


Bateri Kereta Original Ke ?

Kami adalah PENGEDAR SAH & BERDAFTAR

Setiap bateri baru yang dijual adalah yang dikeluarkan dari kilang berserta jaminan / warranty

BUKAN bateri second hand atau recond.

Jaminan kami, jika bateri tak ori & tak baru, KAMI PULANGKAN WANG ANDA 100%.


Saya tak pasti bateri yang rosak atau benda lain. Macamana ?

Jangan risau. Kami akan periksa terlebih dahulu samaada bateri kereta anda perlu ditukar atau tidak.

Sifir kami, “Bateri Konfem ‘KONG’, Baru Kita Tukar”


Waktu operasi kedai ?

Anda juga boleh datang ke kedai bateri kami untuk pemeriksaan bateri & alternator secara PERCUMA sahaja.

AHAD8.30 AM – 5.00 PM
ISNIN8.30 AM – 5.00 PM
SELASA8.30 AM – 5.00 PM
RABU8.30 AM – 5.00 PM
KHAMIS8.30 AM – 3.30 PM
JUMAAT*TUTUP ( boleh call dulu)
SABTU8.30 AM – 5.00 PM

* JUMAAT boleh call dulu jika datang kedai
** Cuti pada Hari Raya Aidilfitri / Aidiladh
*** 1 pm – 2 pm ( lunch hour ) kami rehat sekejap. Boleh WhatsApp kami dahulu sebelum datang pada waktu ini.


Lokasi Kedai mana?

Berapa Lama Bateri Kereta Yang Baru Boleh Tahan ?

Biasanya antara 1 tahun ke 1 tahun setengah. Bateri kereta yang premium, kebiasaannya boleh menjangkau ketahanannya 2 tahun-3 tahun++.

Bagaimanapun, ianya juga bergantung kepada banyak faktor lain seperti ;

1) Cara penggunaan kereta

2) Pendedahan kepada haba

3) Peranan komponen dalaman kereta yang lain.


Servis Lain di RBG ?
  • Baiki alternator
  • Baiki starter kereta
  • Tukar minyak hitam

Cara Bayar?

Hanya TUNAI.


Warranty / Jaminan Bateri ?

Antara 12 bulan – 15 bulan ATAU 25,000 – 35,000 km mileage ( Mana-mana yang tiba dahulu).

Warranty / jaminan untuk setiap brand / jenama bateri adalah berbeza.


Cara Tuntut Warranty / Jaminan Bateri ?

Jika bateri kereta yang anda beli dengan kami rosak dalam tempoh jaminan & mileage kereta masih di bawah jumlah jaminan, sila hubungi kami untuk bantuan.

Kami akan periksa & hantar ke kilang pembuatan untuk pengesahan kerosakan. Kami akan bekalkan bateri lain buat sementara waktu ketika bateri anda dalam proses penghantaran ke kilang. Jika kilang sahkan bateri rosak disebabkan masalah dari kilang, maka kami akan ganti dengan bateri yang baru.

Bagaimanapun, punca bateri baru yang rosak yang tidak disebabkan oleh isu pembuatan di kilang adalah tidak boleh dituntut seperti;

1) Lupa tutup lampu / sistem elektrik kereta ketika enjin kereta padam
2) Bateri yang lemah disebabkan air bateri yg kering ( untuk Wet Battery )
3) Bateri yang rosak yang disebabkan oleh alternator, pendawaian / wiring yg salah, ubah suai sistem asal pengeluar kereta & komponen kereta yang lain.
4) Lama tidak hidupkan enjin kereta.
5) Kerosakan fizikal seperti kemalangan atau terhempap beban berat.

*tertakluk kepada terma & syarat kilang pengeluar


Waktu Sesuai Tukar Bateri Kereta

Jika usia bateri kereta sudah lebih satu tahun & mempunyai salah satu petanda seperti di bawah;

1) Kereta susah hidup. Semalam hidup, hari ini tak hidup.

2) Remote alarm kunci kereta kadang-kadang berfungsi

3) Setiap minggu perlu jump start

4) Lampu kereta malap

5) Meter RPM kereta tak stabil

6) Bau telur busuk dalam ruangan enjin kereta

7) Bateri membengkak

8) Isi minyak petrol dah penuh & full bar, tetapi tiba-tiba paras minyak jadi 2 bar seperti sudah jalan jauh.

Jika ada salah satu petanda di atas, disyorkan untuk buat pemeriksaan ketahanan bateri di bengkel berdekatan menggunakan alat khas.

Jika bateri masih baik & alternator masih baik, namun petanda kerosakan masih ada, kemungkinan puncanya adalah komponen kereta yang lain.

Mulakan diagnosis anda dengan bateri & alternator kereta. 

Anda boleh ke bengkel kami untuk pemeriksaan bateri & alternator secara PERCUMA sahaja.


Mana patut saya beli, Bateri Basah ( Wet Battery ) atau Bateri Kering ( Maintenance Free) ?

Kedua-dua jenis bateri ini ada kelebihan masing-masing;

Bateri Basah ( Wet Battery);

KELEBIHAN
– Biasanya tahan lebih lama sedikit daripada Maintenance Free / Bateri Kering
– Harganya sedikit murah berbanding bateri kering.

KEKURANGAN
– Setiap 2-3 bulan sekali atau 5000 km, perlu cek paras air bateri & kebiasaannya parasnya akan kurang.
– Kena keluar duit lagi untuk beli air bateri
– Jika sekali anda terlupa tambah air bateri & kering, jangka hayat bateri merosot & paling buruk, perlu ditukar baru.
– Lebih berat berbanding bateri kering. Beban bertambah, jadi penggunaan petrol lebih sedikit untuk jangka panjang.

Bateri Kering ( Maintenance Free);

KELEBIHAN
– Tak perlu susah-susah fikirkan paras air bateri akan kurang atau tidak.
– Tak perlu keluarkan duit lagi untuk beli air bateri.
– Lebih ringan berbanding bateri basah. Beban kereta kurang, penggunaan petrol juga lebih sedikit untuk jangka panjang.

KEKURANGAN
– Ketahanannya sedikit kurang berbanding bateri basah. Namun, tidaklah terlalu ketara.
– Harganya juga sedikit mahal berbanding bateri kering.

KESIMPULAN
– Pilihan terletak di tangan anda, jika anda seorang yang cakna enjin kereta, boleh guna bateri basah.
– Namun, jika anda seorang berkerjaya yang sibuk atau malas nak luangkan masa buka bonet depan kereta setiap 2-3 bulan sekali, bateri kering lebih disyorkan.


Anda Ada Soalan Lain Yang Tidak Terjawab di Atas ?

Jangan Malu-Malu, Sila Tanya Kami Melalui WhatsApp / Panggilan Telefon

KLIK Salah Satu Butang Di Bawah SEKARANG