Bateri kereta merupakan salah satu komponen utama dalam sistem kenderaan anda. Tanpa bateri yang sihat, mana mungkin kereta boleh dihidupkan & berfungsi dengan efisien.

Untuk elakkan anda daripada mengalami masalah bateri ‘kong’ di tengah-tengah jalan ketika balik kampung, apa kata anda belajar cara-cara kenal pasti bateri kereta yang bakal rosak.

Jangan tidak tahu pula, banyak cara & simptom yang menandakan bateri kereta anda mulai menunjukkan kelemahannya.

7 PETANDA BESOR Bateri Kereta Anda Bakal ‘KONG’ ATAU Sistem Elektrik Kereta Anda Ada Masaloh….

petanda simptom bateri kereta lemah

=======
.
#1 ADA BAUU TELUR BUSUUK DALAM ENJIN
👉 Bau ini berpunca daripada asikk sulfurikk yg bocor dari bateri yang disebabkan litar pintas. Boleh melarat & merosakkan komponen lain jika tidak selesaikan masalah ini awal2.
.
#2 KOTAK BATERI KERETA MEMBENGKAK
👉 Ini tanda bateri anda terdedah kepada suhu engin yang tinggi yang mungkin disebabkan sistem radiator anda tidak bagus atau sarung penebat bateri rapuh.
.
#3 SUSAH HIDUPKAN KERETA
👉 Sampai tahap, hari ni start hidup & esok start tak hidup. Boleh jadi bateri lemah, terminal bateri berkarat atau air bateri kering.
.
#4 REMOTE ALARM KERETA TAK BERFUNGSI
👉 Penggunaan remote/alarm di kunci kereta untuk buka pintu tak berfungsi secara konsisten. Kadang2 berfungsi, kadang2 terpaksa buka pintu secara manual.
.
#5 METER RPM ‘MENGGILAA’
👉 Meter RPM naik turun ketika mula start kereta atau di traffic light seperti ada orang lain yang tekan pedal minyak. Boleh jadi throttle body kotor atau terminal bateri kereta berkarat.
.
#6 LAMPU MALAP
👉 Lampu kereta malap & tidak terang seperti kebiasaan. Boleh jadi alternator jem/bateri kereta sudah lemah jika usia bateri lebih 12 bulan.
.
#7 AMARAN SIMBOL BATERI NYALA
👉 Simbol bateri di panel meter kereta tiba2 nyala. Biasanya alternator kereta bermasalah.

Mudah bukan ? Pastikan anda tahu serba sedikit kemungkinan bateri kereta bakal ‘kong’ supaya kereta anda tidak tersadai di tepi jalan kelak.

Jika anda berada di Kuala Terengganu, Marang & Kuala Berang boleh datang ke bengkel kami untuk pemeriksaan bateri kereta secara PERCUMA.

Kami juga hantar bateri kereta ke rumah & mana-mana lokasi dalam kawasan Bandar Kuala Terengganu, Marang & Kuala Berang.

============

Ada masalah bateri kereta ?
KLIK butang bawah untuk WhatsApp
👇👇

Klik Sini Untuk WhatsApp

Share This